Penulis Upahan (SEO Based)

Anda biasa dengar Ghost Writer?

10/28/20231 min read

InshaAllah saya akan mulakan perjalanan baru dalam bidang penulisan pula. Penting ke menulis artikel di blog? Apa kaitannya dengan business anda?

Mari saya kongsikan apa kelebihan bila anda menulis blog di website anda.

Saya pasti di kalangan business owner sudah pun lama bergiat aktif membuat 'live' di TikTok atau di semua platform media sosial terutama Shopee Live salah satu portal e-commerce yang sangat sinonim dengan dunia perniagaan sekarang. Itupun sudah dapat menaikkan sales dengan tawaran beg kuning yang lebih mudah dan dapat 'pool' yang lebih tepat kan.

Tapi sebelum tu, anda pernah tak dengar khabar yang mengatakan TikTok di Indonesia telah ditutup berikutan kadar harga yang tidak stabil sehingga memaksa business owner akur dengan kehendak kerajaan di sana. Bila mana harga peruncit dan pembekal tidak dapat dikawal.

Haru jugak la bila dengar berita tu. Ada sesetengah business owner yang tidak dapat menahan sebak dan terlalu kecewa di atas apa yang menimpa mereka kerana memang di situlah tempat mereka mencari rezeki.

Suka saya kongsi kepada kebanyakan client saya kepentingan kenapa perlu ada website sendiri. Website ini lah akan menjadi rumah kedai kita. Nah, jika anda sendiri yang mengalami nasib macam Tiktokers Indonesia ni, pasti anda bersyukur rumah kedai anda masih selamat.

Jadi, pesanan saya buat business owner di luar sana yang masih belum mempunyai website sendiri silalah usahakan untuk membina rumah kedai anda. Sekurang-kurangnya pelanggan anda masih ada tempat untuk mencari maklumat dan rujukan berkaitan business anda.

Menulis artikel di blog atau di mana sekalipun platform memerlukan niche untuk konten yang lebih fokus dan terarah.

Selain daripada dapat membangunkan perniagaan anda, dengan artikel di blog dapat memudahkan target audience anda untuk menjumpai anda di carian Google.

Ok . Nanti saya kongsikan pula bagaimana saya mulakan menulis di blog dengan 'makchik' yang menjadi assistance yang memudahkan perjalanan penulisan saya. Hihi

Yang berminat untuk membina personal branding anda ataupun teringin nak ada website sendiri boleh hubungi Umann.co. Mereka menyediakan servis digital marketing, branding development untuk membawa produk anda lebih komersial

Pray For Palestine!